PERSATUAN HAK KESIHATAN WANITA (RRAAM)

Kami percaya bahawa hak memilih adalah hak asasi setiap individu, termasuk wanita di Malaysia.

"Hak Reproduktif" adalah hak individu untuk memutuskan sama ada untuk hamil dan mempunyai kesihatan reproduktif yang optimum. Ini termasuk hak individu untuk merancang keluarga/mencegah kehamilan, menamatkan kehamilan, menggunakan alat kontraseptif, belajar tentang pendidikan seks di sekolah, dan mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan reproduktif.

Kongsikan Cerita Mu 

Youth advocates from Asia Safe Abortion Partnership (ASAP) would like to focus on Sexual and Reproductive Health and Rights (SRHR) for women and girls in Malaysia, in particular access to safe abortion services.
Hence, we would like to hear first-hand from Malaysian women whom have undergone abortion, safe or unsafe.

These stories will then be used to raise awareness regarding access to safe abortion services.
 

Your response will be completely anonymous.
http://bit.ly/APicturePaintsAThousandWords

Kehamilan Tidak Terancang?

Tahukah anda 1 dalam 3 wanita akan mengalami kehamilan tidak terancang? Anda tidak kesorangan. Ikutilah kisah Sheila melalui video di bawah dan ketahui apa pilihan yang ada.

Episod 1

Pendedahan

Episod 2

Pengakuan

Episod 3

Pengetahuan

Episod 4

Penjelasan

Adakah Anda Memerlukan Nasihat Untuk Mengelakkan Kehamilan Tidak Terancang?

Talian Hotline RRAAM

Hubungi Kami Untuk Nasihat Mengenai Kehamilan Tidak Diingini

Kehamilan Tidak Terancang

1 dalam 3 kehamilan tidak dirancang. Apakah Pilihan Yang Ada Untuk Wanita Malaysia?

Pengguguran Vakum Aspiration

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan prosedur vakum aspiration sebagai kaedah pengguguran selamat.

Rawatan cara ini juga dilabel pengguguran pembedahan atau surgical abortion. Kebiasaannya ia dipanggil rawatan cuci atau rawatan datang bulan.

Prosedur ini adalah 99% effektif dan adalah prosedur paling kerap yang dilakukan dalam 12 minggu pertama kehamilan.

Pengguguran Melalui Ubat

Pengguguran melalui ubat sahaja dipanggil medical abortion. Kebiasaannya, ia dipanggil ubat datang bulan/period.

Pilihan ini ada untuk kehamilan yang kurang daripada 9 minggu.

Adalah penting supaya mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan ubat gugur.

Ubat gugur yang disarankan oleh WHO tidak dibenarkan dijual di Malaysia. 

Ada banyak ubat tiruan dan dosage berbahaya yang dijual di pasaran gelap di Malaysia.

Meneruskan Kehamilan

Pilihan meneruskan kehamilan dan memberikan bayi yang dilahirkan sebagai anak angkat ada pada setiap individu. 

Adalah penting supaya anda mendapatkan rawatan antenatal (sebelum bersalin), dan menguruskan prosedur yang ada supaya kedua-dua ibu & bayi selamat. 


Klinik-klinik swasta dan kerajaan boleh membantu anda.

Hubungi kami jika anda memerlukan apa-apa nasihat atau kaunselling.

Latar Belakang RRAAM

Menyokong Hak Kesihatan Wanita

RRRAM ditubuhkan 2 Februari 2007 oleh dua belas organisasi dan individu yang komited kepada misi berikut:

Kami percaya bahawa wanita mempunyai hak untuk mengakses perkhidmatan kontraseptif dan pengguguran yang sah, selamat dan berpatutan, sama ada sebagai hak reproduktif wanita untuk memutuskan perkara-perkara reproduksi dan sebagai hak untuk kesihatan.

Kami mengakui bahawa kesejahteraan wanita, kesihatan dan pemberdayaan meningkatkan apabila hak-hak ini diakses.

Komitmen kami adalah untuk meningkatkan kesedaran dan akses kepada hak-hak ini di kalangan wanita, penyedia kesihatan, NGO, pembuat dasar, media dan orang awam melalui strategi maklumat, pendidikan dan sokongan berasaskan bukti.

REPRODUCTIVE RIGHTS ADVOCACY ALLIANCE MALAYSIA

Supporting Women's Rights to Quality Contraceptive & Abortion Services in Malaysia

Mengkukuhkan Polisi Kerajaan

Advokasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

Membawa Suara Wanita

Komuniti Outreach

Meningkatkan Kualiti Rawatan

Seminar Klinikal Doktor & Jururawat Kesihatan Wanita

Hubungi Persatuan Hak Kesihatan Wanita

c/o ARROW, 1&2, Jalan Scott, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

+603 7773 0083 Hotline +6012 4772551

c/o ARROW, 1&2, Jalan Scott, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

©2018 by Persatuan Hak Kesihatan Wanita. Proudly created with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now